Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Umur yang panjang tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Ilmu yang banyak tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Ibadat yang memenatkan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Kediaman yang besar tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Manusia yang memiliki apa yang dia mahu tidak membawa erti tanpa ada keberkatan.
Apa itu berkat?
Berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu بركة . Dan pekerjaan ‘mengambil berkat’ pula dikenali sebagai tabrruk. Tetapi ianya bukan berkat sebagaimana yang difahami oleh masyarakat Jawa iaitu nasi kenduri yang dibawa pulang sebagai bekalan.
Berkat bermaksud bahagia, beruntung, betambah dan berkembang. Ar-Raghib al-Asfahani mendefinisikan sebagai “البركة”: ثبت الخيراله في شي “: Keberkatan itu ialah wujudnya kebaikan yang dilimpahkan oelh ALLAH di dalam sesuatu.
Jenis berkat:
1) Berkat dalam pelajaran:
i. Sedikit yg dipelajari tetapi membuahkan lagi ilmu-ilmu yg lain.
ii. Ilmu membuahkan amal.
iii. Ilmu merangsangkan lagi untuk kuat beribadat.
iv. Ilmu dikembangkan pula untuk orang lain.
2) Berkat dalam amalan/ibadat:
i. Terasa manis dalam ibadat.
ii. Berterusan dalam ibadat.
3) Berkat pada tempat:
i. Masjidil Haram, Masjidi Nabawi dan Masjidil Aqsa.
ii. Padang Arafah.
iii. Multazam, Safa dan Marwah, maqam Ibrahim, telaga zam-zam dll.
4) Berkat pada masa:
i. ⅓ malam terakhir.
ii. Antara azan dan iqamah.
iii. Antara azan Jumaat dengan selesainya khutbah.
iv. Bulan Ramadhan terutamanya pd 10 hari terakhir.
v. Saat melakukan ibadat haji seperti saat wuquf dsb.
5) Berkat pada rezeki/makanan:
i. Sunbernya halal.
ii. Sedikit tapi cukup.
iii. Dengannya kita mampu biayai keluarga.
iv. Rezeki menyebabkan kita semakin dekat dengan ALLAH.
v. Menyemarakkan lagi semangat untuk beribadat.
6) Berkat pada usia:
i. Usia dimanfaatkan untuk menegakkan syiar Islam.
ii. Usia pendek tetapi mendatangkan jasa besar.
iii. Usia itu memenuhi matlamat mengapa kita berada di dunia ini.
7) Berkat pada sesebuah majlis:
i. Dalam majlis tersebut tiada unsur-unsur yg haram.
ii. Tenang berada di dalamnya.
iii. Kebaikannya berpanjangan.
iv. Tidak membebani mana-mana pihak.
8) Berkat pada manusia:
i. Menjaga kehormatan diri.
ii. Sentiasa ingat untuk melakukan kebaikan.
iii. Orang lain menyukainya.
9) Berkat pada perniagaan:
i. Modalnya drp sumber yg halal.
ii. Tidak melalaikannya drp menunaikan ibadat solat, zakat, puasa dsb.
iii. Memperolehi keuntungan dgn cara yg baik dan tidak menipu.
iv. Perniagaan tersebut boleh membantu masyarakat.
10) Berkat pada kehidupan:
i. Syukur atas nikmat yg diterima.
ii. Belanja harta pd jalan ALLAH.
iii. Berusaha untuk dapat rezeki yg halal.
iv. Ikhlas dlm amalan.
والله أعلم بصواب
Rak kasut shopee!
3 years ago
0 comments:
Post a Comment