BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 5, 2010

Al-kesah Puteri Cair...

jeng...jeng...jeng...


Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang memerintah di sebuah negara
atas
angin. Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik jelita. Malangnya,
baginda kini sedang berduka kerana puteri baginda itu telah mengidap
sejenis
penyakit yang amat ganjil sekali. Apa sahaja yang disentuh dengan
tangan
oleh puteri tersebut akan menjadi cair. Tak kira kayu, besi, batu, dan
lain-lain lagi, semuanya akan cair apabila disentuh oleh puteri
tersebut....


Akibatnya, semua lelaki, tidak kiralah sama ada putera raja atau orang
kebanyakan tidak berani mengahwini puteri itu, walaupun mereka
terpesona
dengan kecantikannya. Maka raja merasa....

amat risau kerana puteri itulah satu-satunya waris tunggal baginda
untuk
memeritah negara atas angin itu.

Pada suatu hari, baginda bertanya kepada ahli nujum negara yang bijak
bestari. Ahli nujum itu memberitahu baginda bahawa penyakit tuan puteri
akan
sembuh sekiranya puteri itu menyentuh sesuatu yang tidak akan cair.

Keesokan harinya, raja itu mengumumkan satu pertandingan di mana
sesiapa
sahaja di kalangan lelaki yang datang ke istana dan membawa suatu
barang
yang tidak cair apabila disentuh oleh puteri baginda, lelaki tersebut
akan
dapat berkahwin dengan puterinya dan seterusnya menjadi putera mahkota
yang
akan mewarisi tahta kerajaan baginda.

Maka, ramai lelaki yang datang membawa pelbagai barangan. Ada yang
membawa
besi yang paling berat, ada yang membawa batu paling besar, dan ada
pula
yang membawa kayu paling keras. Malangnya, semuanya cair apabila
disentuh
oleh tuan puteri.

Akhirnya, datang tiga orang putera raja dari negara jiran. Putera
pertama
membawa sekeping titanium yang didakwa besi yang paling keras di dunia.
Tuan
puteri menyentuhnya dan besi itu cair! Putera yang kedua pula membawa
seketul batu intan yang didakwa batu paling keras di dunia. Apabila
disentuh
oleh puteri, batu itu pun cair juga!

Putera terakhir datang dengan penuh senyuman yang meyakinkan dan
membawa
bersamanya sebuah karung kecil. Dia menyuruh tuan puteri menadah tangan
dan
dia menuangkan isi karung itu. Seketul benda sebesar ibu jari jatuh ke
tangan tuan puteri itu dan ia tidak cair!!! Ini bermakna penyakitnya
sudah
sembuh. Raja merasa amat sukacita dan seluruh negara berpesta. Putera
yang
bertuah itu akhirnya berkahwin dengan tuan puteri dan menjadi putera
mahkota
negara itu.

Anda ingin tahu apakah benda sebesar ibu jari yang tidak cair di tangan
tuan
puteri itu?

JAWAPANNYA IALAH .... COKLAT M&M's!!! Ia hanya cair di dalam mulut,
bukannya
di dalam tangan!!! Kah! Kah! Kah!

_____________"

0 comments: