BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 30, 2010

Nasihat Luqman B.Hakim....

"Beberapa nasihat Luqman bin Hakim kepada anaknya."


Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Banyak manusia yang karam di dalamnya. Apabila engkau inginkan selamat, agar tidak karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya adalah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah....


Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.

Hai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat kepada Allah, maka ia akan tawadhu' kepada-nya, dia akan lebih dekat kepad Allah dan selalu menghindarkan diri daripada maksiat kepada-Nya.

Hai anakku, seandainya orang tua mu marah kepadamu kerana kesalahan mu, maka marahnya orang tua itu adalah bagaikan baja bagi tanaman-tanaman.

Jauhkan dirimu daripada berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut. Tentulah kamu akan terlepas dari sifat berputus asa terhadap-Nya.

Hai anakku: seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamun hal-hal yang tidak benar.

Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

Hai anakku: engkau telah berasa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetap iakan lebih lagi daripada itu semua adalah bila mana engkau mempunyai tetangga yang jahat.

Hai anakku: janganlah sekali-kali engkau mengirinkan seorang yang bodoh menjadi utusan (orang tengah). Maka bila tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaik-baiknya dirimu sendiri sahajalah yang menjadi utusan.

Jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu mudah sekali mengerjakannya, bagaikan memakan daging burung. Pada hal sedikit sahaja berdusta telah memberikan akibat yang berbahaya.

Hai anakku: Apabila engkau menghadapi dua alternatif atau dua kemungkinan, takziah kepada orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau pilih untuk menjenguk orang mati. Sebab menjenguk orang mati itu akan mengingatkan kepada kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan itu hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu, alangkah baiknya apabila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

Hai anakku! Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan karana pahitnya barang. Kerana yang manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran dan yang pahit belum
tentu menimbulkan kesengsaraan.

Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang yang taqwa dan musyawarah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya

Hai anakku! Bukanlah kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan seorang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka ia tidak memikulnya padahal ia masih menambahnya.

Hai anakku! Apabila engkau menemukan kawan yang sejati maka ujilah terlebih dahulu dengan pura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih menginsafkan atau menyedarkan kamu, maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

Selalu baiklah tutur katamu dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.



0 comments: