BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 26, 2010

SanGka-MenYangKa..

Manusia hari ini suka berprasangka..
Ada sangkaan baik..
Ada sangkaan buruk..

Orang BERIBADAH disangka riak..
Orang RELAKS disangka malas..
Orang BERBAJU BARU disangka menunjuk..
Orang BERBAJU BURUK disangka hina..
Orang MAKAN BANYAK disangka pelahap..
Orang MAKAN SEDIKIT disangka diet..
Orang SENYUM disangka mengejek..
Orang MASAM disangka merajuk..
Orang BERMUZAKARAH disangka mengumpat..
Orang DIAM disangka menyendiri..
Orang MENAWAN disangka memakai susuk..
Orang tampak CERIA disangka ada membela..

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH swt..
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa lalu..
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya..

jom kengkawan kita sama2 menjauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bisa memusnahkan ukhuwah seperti musnahnya kayu dimakan api..dan tersalah dalam berbaik sangka itu lebih baik daripada tersalah dalam berburuk sangka..

Saturday, September 25, 2010

kau SahaBat Kau TEmAn...




telah tiba saat waktu kau
tinggalkan kami kerana takdir
yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini
bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati
tulus ikhlasmu luhur
budimu bagaikan tiada
pengganti senyum tawamu
juga katamu menghiburkan hati..
memori indah kita
bersama tetap bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati
ya Allah, tempatkannya
di tempat yang mulia
tempat yang dikau janjikan
nikmat untuk hambamu
sahabatku, akan kuteruskan
perjuangan ini
walau ku tahu kau
tiada di sisi
moga amanlah dan bahagia
di dunia sana
setangkai doa dan juga Fatihah
terus ku kirimkan
moga di sana kau bahagia
bersama para soleh
kau sahabatku kau teman sejati

RoDa KehiDuPan...

Hidup sesuatu yang mesti, namun mati adalah satu kepastiaan. Permulaan kehidupan adalah pada tangga kosong, namun anda yang akan menentukan di tangga ke berapakah tahap anda. Memang tidak dinafikan, kehidupan banyak diselubungi awan-awan hitam, deruan gelombang-gelombang ombak, keperitan yang tak tertanggung seolah-olah bahangnya umpama matahari tegak di kepala. Namun lupakah anda? Di sebalik awan-awan hitam, deruan gelombang ombak, teriknya bahang mentari akan menghasilkan suratan-suratan yang tersirat, keunikan-keunikan yang tak disangkakan. Awan-awan hitam akan menurunkan mutiara hujan jatuh ke bumi yang akan membekalkan sumber air pada kehidupan, gelombang-gelombang ombak yang akan memudahkan pelayaran kapal-kapal dan perahu nelayan, teriknya bahang mentari memberikan sumber makanan pada tumbuhan dan mampu melancarkan urusan harian manusia. Begitulah analoginya sebuah kehidupan. Kita tidak semestinya sentiasa berada dalam kegembiraan, keseronokan yang berpanjangan dan kebahagiaan yang memanjang, namun setiap kegembiraan, keseronokan dan kebahagiaan pasti akan diuji. Ketika musibah menjengah kamar kehidupan, kita akan merasakan seolah-olah kehidupan adalah tidak adil, seringkali rebah dalam meniti tinta hidup, malah sesetengah tersungkur dalam mencapai dambaan duniawi. Kita mungkin mengeluh, merungut dengan apa yang berlaku, malah akan terdetik “mengapa aku? kenapa tidak orang lain?”


maka pabila diri dalam kegelisahan,
mulalah diri pada langkah keharaman,
mencuba segala macam,
sehingga diri kabur antara halal dan haram.




Wahai hamba-hamba Allah,
Mengapa diri hanyut dibuai dunia,
Mengapa hidup sering bersuka-ria
Lupakah kamu itu sia-sia.

INGATLAH !SEDARLAH ! Bahawasanya ujian yang ditaburkan, cubaan yang melanda dan dugaan yang silih berganti pasti menemui sinarnya. Sesungguhnya Allah S.W.T berhak menguji setiap hambanya dan percayalah bahawa ujian yang diberikan adalah mengikut kemampuan hambanya. Allah S.W.T tidak akan menguji hambanya dengan ujian-ujian yang tidak dapat ditanggung oleh mereka. Segala kesusahan dalam menjalani kehidupan tidak lain tidak bukan adalah semata-mata untuk meningkatkan ketaqwaan kepadaNya dan secara tidaK langsung dapat mematangkan diri dalam kehidupan yang penuh gelora kemaksiatan dan kepura-puraan. Sesungguhnya segala ujian adalah salah satu cara menghapuskan dosa seseorang. Janganlah ujian mejadikan satu penyebab diri terjerumus pada langkah keharaman. Fikirkan dan renungkan sebaik-baik setiap musibah, ujian, dugaan yang melanda kerana di sebalik setiap yang berlaku mampu menghasilkan kejayaan yang paling bermakna. Oleh hal yang demikian, kita seharusnya sentiasa berkeadaan dalam penuh kesabaran dalam mengharungi onak-onak duri perjalanan. Sepertimana firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud:

“sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”(al-Asr:6)


“SABAR” adalah nadi segala kehidupan. Sabar umpama nyawa dalam abdomen.Tanpa nyawa badan tidak berfungsi dan kaku buat selamanya. Begitulah juga dengan kehidupan, tanpa adanya sikap sabar, segalanya akan runtuh walau seteguh kinabalu kekuatan diri, secerdik mana sekalipun manusia tetapi jika miskinnya sikap kesabaran, nescaya kita juga akan kalah dengan hidup, justeru dalam melayari kehidupan yang penuh kemodenan dan ketandusan budi pekerti, marilah sama-sama kita mendidik jiwa dan menghiasi diri dengan kesabaran, kerana dengan sikap sabar, segala musibah yang menimpa dapat ditangani dengan sebaiknya, malah kita akan dapat merasakan kenikmatan hidup dalam mencapai tujuan duniawi dan sekaligus dapat mematangkan diri dalam mencari keberkatan ukhrawi. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Malik al-Harith bin ‘Asim al-Asy’ari r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


“dan sabar itu cahaya”


Ingatlah bahawa perit hidup yang ditanggung, sakit perjalanan yang dirasa dan luka-luka yang dialami dalam meniti arena kehidupan merupakan satu langkah kaki menuju ke mercu kejayaan. Tanpa kesusahan dan kepayahan hidup, manusia tidak akan menjadi manusia yang bersyukur dan berfikir. Sepertimana kata pujangga “kejayaan adalah hasil daripada kerja kuat, penderitaan, luka, pengorbanan dan kecemasan. Sedangkan kegagalan adalah hasil daripada kemalasan, tidak mempunyai target, perasaan minda dan bersemangat”.


Inilah yang dikatakan RODA KEHIDUPAN. Kehidupan tak akan bermakna tanpa ujian, kehidupan juga tak akan bererti tanpa linangan air mata dan penyesalan. Umpama roda, kita tidak akan sentiasa berada kesenangan pada puncak, tapi dalam edaran masa kita juga akan menuju ke bawah. Dari bawahlah kita akan naik kembali, apa yang penting sepertimana yang dikatakan tadi adalah perlunya kesabaran. Insyaallah suatu hari, segala kekusutan menemui kelancaran, kegelapan akan lenyap diganti dengan cahaya dan pada masa itu anda akan mengatakan “ya allah, hambamu bersyukur dengan segala ujian, sesungguhnya ujian membawa daku ketaqwaan padamu”.


SEKILAS RENUNGAN


Roda kehidupan
Melengkap aturan zaman berzaman
Bermula pada alam kelahiran
Sehinggalah bertemu dengan kematian
Begitulah epilog sebuah kehidupan

Roda kehidupan
Terselit pelbagai aturan
Sehingga manusia terlupa pada kematian
nawaitu mereka pada keduniaan
Lalu harta menjadi dambaan
Terlalai seketika pada tujuan

Inilah putaran roda kehidupan
Kegembiraan akan diselitkan kegagalan
Saat itu kau tersungkur di perhentiaan
Tersedar seketika dikau terpesong dalam perhatiaan

Roda kehidupan
Tak pernah kedekut kemaafan
Kerana Allah maaf pengampunan
Buat dirimu dalam penyesalan

Friday, September 24, 2010

AduHai WaNita.....




Aduhai wanita
Kau sungguh ayu
Dengan tudung kepalamu
Menutup mahkota suci seorang wanita
Juga pakaian taqwamu
Menutup a’ib yang pasti menjadi bualan orang

Aduhai wanita
Sungguh manis pertuturanmu
Tampak lembut tetapi tegas berbicara
Tiada lagi hati-hati yang berpenyakit terhadapmu
Tiada lagi suara-suara sumbang terhadapmu

Aduhai muslimah
Sungguh anggun dirimu
Mengandungkan zuriat dari suamimu
Sentiasa diperhatikan tingkahmu
Yang berhati-hati membawa jasad di rahimmu
Menanti tiba saat lahirnya ia
Bakal permata hati untukmu dan suamimu

Aduhai mukminah
Indah sungguh akhlakmu
Tika dirimu ditinggal suami
Kau menjaga dirimu
Kau menjaga juga maruah suamimu
Kerana itu suamimu bangga terhadapmu
Punyai isteri yang sejuk di mata juga di hati

Aduhai muslihah
Banyak sungguh ilmumu
Mulutmu yang mungai tak pernah tertutur kata-kata nista
Yang ada pasti yang berhikmah
Mengingatkan insan yang alpa
Tak lupa juga pada dirimu sendiri
Agar menjadi hamba Allah yang taat
Itu pesanmu
Pada anak-anak, pada sahabat-sahabat juga
Itulah dirimu
Senang sungguh orang di sekelilingmu
Punyai anak, isteri, ibu dan sahabat sepertimu

Aduhai wanita, muslimah, mukminah dan muslihah
Tenanglah kamu di syurga
Diiringi redho suamimu
Juga doa dari anak-anakmu yang soleh solehah
Kerna itu janji Tuhanmu
Pada wanita yang setiap detik hidupnya hanya taat
Taat kepada Allah, kepada Rasulullah s.a.w
Juga pada suami
Mudah2an diri ini sepertimu juga
Ameen...

Tuesday, September 21, 2010

KULIT BUKU....

Monday, September 6, 2010

MaaFkanLah....




..Maafkanlah..


Seandainya diri kita pernah ditipu orang…
Seandainya diri kita pernah dikhianati orang…
Seandainya diri kita pernah difitnah orang…
Seandainya diri kita pernah dihina orang…
Seandainya diri kita dizalimi orang…Sakitnya hati hingga tidak bertegur sapa selama berhari-hari…berbulan-bulan…bahkan bertahun-tahun pun ada.Retak serta lukanya hati hingga berdendam seluruh keturunan hingga generasi ke generasi.
Bencinya hati hingga tidak mahu bertentang wajah bahkan bayang-bayang pun tak mahu melihatnya kerana dosanya terhadap kita terlalu pedih bila terkenang-kenang.
‘Alangkah nabi maafkan umatnya inikan pula kita…Itu nabi tapi aku hanya manusia biasa!’….satu perpatah yang sering terdengar jika hati keras untuk tidak memaafkan orang…

Apa Allah kata…..

Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu?
Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah MENGANIAYAMU?
Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu?
Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah MENKHIANATIMU?
Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU (tdk mahu menegurmu)?

Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapiAku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut. Sebahagian petikan hadis qudsi.
Maka andainya ada manusia lain pernah berbuat dosa kepada diri kita lalu ia memohon maaf. Terimalah kemaafannya kerana kita hanyalah hamba yang tidak berupaya….sedangkan Allah itu lagi Maha PEMURAH dan Maha MENGASIHANI….maka layakkah seorang hamba berbuat demikian?

jika manusia itu tidak memohon maaf kepada kita maka cubalah ikhlas untuk memaafinya kerana Allah itu lagi Maha PENGAMPUN…maka layakkah seorang hamba bersifat sedemikian?
Ingatlah….dan sedarlah diri ini jua tidak terlepas dari berbuat dosa…lalu kepada siapa kita memohon keampunan? kita mengharapkan Allah mengampuni dosa kita lalu….
Mengapa terlalu sukar memaafkan?

keajaiban Minda


Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?



1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan. Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke mindaApabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda. Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran. Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhka n, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doaSolat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus. Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Kisah Pengajaran Imam Ghazali

Imam Ghazali = ‘ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ‘ Orang tua ‘
Murid 2 = ‘ Guru ‘
Murid 3 = ‘ Teman ‘
Murid 4 = ‘ Kaum kerabat ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Negeri Cina ‘
Murid 2 = ‘ Bulan ‘
Murid 3 = ‘ Matahari ‘
Murid 4 = ‘ Bintang-bintang ‘
Iman Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama’.

Iman Ghazali = ‘ Apa yang paling besar didunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Gunung ‘
Murid 2 = ‘ Matahari ‘
Murid 3 = ‘ Bumi ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.’

IMAM GHAZALI’= Apa yang paling berat didunia? ‘
Murid 1 = ‘ Baja ‘
Murid 2 = ‘ Besi ‘
Murid 3 = ‘ Gajah ‘
Imam Ghazali = ‘ Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling ringan di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Kapas’
Murid 2 = ‘ Angin ‘
Murid 3 = ‘ Debu ‘
Murid 4 = ‘ Daun-daun’
Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ‘

Imam Ghazali = ‘ Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ‘
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang ‘
Imam Ghazali = ‘ Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Thursday, September 2, 2010

TUGASAN TEKNOLOGI MAKLUMAT




Seiring dengan perkembangan dunia semasa, penggunaan ICT, komputer khususnya, dalam pendidikan islam sangat penting dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih cepat berkesan.Justeru, tidak dinafikan bahawa perubahan pesat dalam pendidikan negara melalui reformasi teknologi maklumat dan komunikasi telah memberikan impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, ramai yang mengatakan guru-guru pendidikan islam tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?

Sila kemukakan 5 pendapat anda tentang langkah-langkah tersebut.
pendapat anda amatla dialu-alukan.