BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 19, 2010

Setiap kecantikan bagi seseorang individu datangnya daripada Allah Ta'ala.Tetapi ingatlah kecantikan paras rupa,indahnya pipi bak pauh dilayang,bibir merah umpama delima merekah,hidung yang mancung bagai seludang akan musnah jua akhirnya andai tidak dihiasi peribadi dirinya dengan cahaya keimanan dan Islam. Zaman dahulu,orang tidak pernah terfikir bahawa dengan teknologi moden,manusia mampu merampingkan pinggang,menghilangkan kedut-kedut di muka dan memancungkan hidung.Malah di era kemodenan ini,rupa paras boleh diubah melalui pembedahan plastik dan tua boleh dilewatkan dengan memakan hormon estrogen.Malah ada segelintirnya pula sanggup mati akibat penyakit aneroxia nervosa.Ada pula yang rela bersenam berjam-jam sehari,tahan lapar berhari-hari atau membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk tujuan tersebut. Dan tidak hairanlah,pertandingan ratu cantik yang diadakan mendapat perhatian daripada masyarakat umum khususnya golongan remaja.Masing-masing berlumba memperagakan maruah dan harga diri untuk dipertontonkan di khalayak ramai semata-mata mengejar glamour dan nama.Dan ada pula yang sanggup menggadaikan maruah keseluruhan negara,kononnya ingin menjadi ratu cantik seluruh negara. Semua permasalahan yang berlaku ini melibatkan maruah kaum wanita.Tidak cukup dengan eksploitasi wanita di media-media massa dan iklan-iklan tanahair,maruah wanita pula diperdagangkan untuk diimport eksportkan ke pelusuk dunia.Tubuh badan yang sewajarnya ditutup litup mengikut syariat Islam,kini bagi haiwan yang tidak terasa malu tanpa berpakaian.Dan tidak mustahil suatu hari nanti,ada pertandingan'Raja Kacak'.Kalau sekarang ada ratu cantik,mungkin menjelang tahun 2020,timbul pula pertandingan baru untuk kaum lelaki. Semua makhluk di muka bumi ini asal kejadiannya adalah dari setitis air mani yang hina,bentuknya adalah semata-mata berasal dari tanah dan kembali kepada tanah jua.Justeru itu,tiada perbezaan antara penilaian Islam dalam menilai kecantikan setiap individu.Dan janganlah kita menyalahkan takdir Ilahi seandainya rupa paras yang diciptakan oleh Allah Ta'ala mempunyai kecacatan dan kurang menarik.Bersyukurlah dengan apa yang Allah Ta'ala kurniakan.Islam tidak pernah membezakan manusia berdasarkan hubungan darah,keturunan dan suku bangsa.Namun Islam membezakannya berdasarkan taQwa kepada Allah Ta'ala.Itulah kemuliaan sebenar pada manusia. Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada raut wajah yang manis,pada putih kuning kulitnya,tubuh atau sorotan mata yang menawan,tetapi biarlah hati dan juga akalnya juga cantik.Malah kecantikan hati diletakkan paling utama,diikuti dengan kecantikan akal dan akhir sekali barulah kecantikan paras rupa.Kecantikan paras rupa ini ada atau tidak ada,sama sahaja di sisi Allah Ta'ala.Ini jelas digambarkan berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Zar:"Lihatlah sesungguhnya engkau tidak dinilai mulia kerana kulit merah dan juga kerana hitam, sebaliknya mulianya kamu dengan sebab taQwa"(Riwayat Ahmad).Bukan itu sahaja,malahan Islam mengukur kecantikan dengan melihat kebersihan dari segala unsur yang bertepatan dengan ketentuan Allah Ta'ala. TaQwa itulah yang dimaksudkan kecantikan hati.hati yang cantik adalah hati yang sangat sensitif terhadap Allah Ta'ala.Merasakan kehebatan dan kebesaranNya sehingga merasakan diri sangat hina dan lemah.Perasaan yang lahir inilah yang dapat menyingkir segala sifat-sifat"kesyaitanan"dalam hati manusia seperti pemarah,ego,bangga diri,sombong,rakus dan sebagainya. Inilah falsafah kecantikan sebenar menurut Islam.Justeru itu,mereka yang cacat fizikalnya atau tidak menarik dinilai,adalah orang yang tercantik di dunia jika di dalam tubuhnya yang cacat itu bersemanyam megah jiwa atau batin yang cemerlang dan sentiasa dicuci dengan Nur Ilahi.Sedangkan orang yang memiliki tubuh badan yang sempurna,cantik dipandang mata dunia,sebaliknya di dalam jiwa mereka bersarang istana-istana syaitan,mahligai iblis dan dipenuhi oleh kemusyrikan akidah yang terpesong dari landasan Islam.Perkara ini diistilahkan oleh al-Quran umpama mereka yang najis. Ingatlah,setiap individu tidak akan merasakan sebarang kerugian andaikan kecantikan hati menjadi buruan setiap wanita. Bukannya Allah Ta'ala yang akan mendapat keuntungan tersebut,tetapi manusia itu sendiri.Lihatlah,betapa banyak manfaatnya bila kecantikan hati menjadi buruan utama setiap wanita.Antaranya ialah;
1) Dihindari Dari Bahaya Setiap wanita berperanan melindungi kecantikan paras rupanya daripada dipertontonkan di khalayak umum,lebih terselamat dari bahaya fitnah dan gangguan.Umpama intan berlian,seandainya dipertunjuk- tunjukkan,akan menarik perhatian pencuri,dan begitulah sebaliknya.
2) Mengelakkan Pembaziran Memburu kecantikan paras rupa memakan kos yang sangat tinggi.Berbagai-bagai usaha yang dilakukan untuk mencari alat-alat kecantikan wajah,"make up",membesarkan sanggul dan bahagian-bahagian yang tertentu yang mungkin boleh menarik perhatian orang kepadanya untuk menutup keburukan yang dialaminya itu.Akan tetapi,memburu kecantikan hati tidak memerlukan belanja yang tinggi.Sewajarnya wang yang digunakan untuk membeli alat kecantikan wajah dipergunakan untuk soal-soal yang lebih penting seperti mendapat pendidikan yang baik,menolong faQir miskin,kerja-kerja yang bermanfaat untuk agama,masyarakat,bangsa dan negara.
3) Membina Kasih sayang Yang Hakiki Kecantikan yang dinilai pada hati,ia akan lebih berkekalan,berbanding dengan kecantikan yang dinilai pada paras rupa.Kecantikan hati tidak akan luput.Umpamanya,kasih sayang seorang suami terhadap isterinya kerana hati atau akhlaknya akan kekal lama.Kunci kasih sayang dalam sesebuah keluarga ataupun masyarakat adalah ikatan hati yang sentiasa berpaut antara satu sama lain. 4) Melahirkan Masyarakat Yang Harmoni Hati yang terdidik dalam mengejar kecantikan yang sebenar akan dapat menyuburkan sifat-sifat terpuji seperti pemurah,sabar, pemaaf, bertolak ansur,lemah lembut,redha atas segala pemberian Allah Ta'ala,cintakan akhirat,cintakan Allah Ta'ala dan sebagainya.akan selesai dan hilanglah perasaan buruk sangka,umpat dan kata,menipu dan pecah belah dalam rumahtangga serta sebagainya. Begitulah besarnya hikmah mengapa Allah Ta'ala meletakkan kecantikan hati sebagai buruan utama setiap wanita.Tidak hairanlah,mengapa para hukama' yang mengatakan:"Bila baik wanita dalam sesebuah negara,baiklah negara tersebut".Oleh yang demikian.wanita yang benar-benar menginginkan lebih hak membangunkan negara,perlulah dia memperjuangkan diri dalam memburu kecantikan hati. Sesungguhnya ukuran kecantikan wanita muslimah yang dapat dinilai dari kaca mata Islam yang sebenar ialah; - Dengan imannya yang mendalam,yang memakmurkan hatinya dan melapangkan dadanya serta menggerakkan syiarnya. - Dengan akalnya yang bijak sana dan fikiran yang bercahaya serta berpandangan yang luas. - Dengan tingkahlaku dan akhlaknya yang mulia serta amalannya yang soleh. - Dengan kecintaannya terhadap Allah Ta'ala,sentiasa mengingatinya, melaksanakan segala perintahnya danmeninggalkan segala larangannya dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w - Dengan ikhlas kepada suaminya dan memuliakannya serta bersolek untuknya,mentadbir dan mentarbiah anak-anak menjadi generasi yang cemerlang. - Mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti lemah lembut,kasih sayang,peramah,pemurah,dermawan dan sebagainya. Sifat-sifat inilah yang sepatutnya menjadi dasar pilihan muslimin dalam membina dan membentuk sebuah mahligai kebahagiaan untuk mendirikan rumahtangga kepada muslimat.Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan dalam hadisnya:"Apabila datang(meminang)kepada kamu seorang lelaki yang kamu sukai akan akhlaknya dan agamanya,maka kahwinilah dia.Kalau kamu tidak berbuat demikian,kelak akan berlaku fitnah di atas muka bumi,kerosakan yang merata" Maksud kerosakan yang merata itu ialah kalaulah lelaki yang baik agamanya

CANTIK OH CANTIK...............


Setiap kecantikan bagi seseorang individu datangnya daripada Allah Ta'ala.Tetapi ingatlah kecantikan paras rupa,indahnya pipi bak pauh dilayang,bibir merah umpama delima merekah,hidung yang mancung bagai seludang akan musnah jua akhirnya andai tidak dihiasi peribadi dirinya dengan cahaya keimanan dan Islam. Zaman dahulu,orang tidak pernah terfikir bahawa dengan teknologi moden,manusia mampu merampingkan pinggang,menghilangkan kedut-kedut di muka dan memancungkan hidung.Malah di era kemodenan ini,rupa paras boleh diubah melalui pembedahan plastik dan tua boleh dilewatkan dengan memakan hormon estrogen.Malah ada segelintirnya pula sanggup mati akibat penyakit aneroxia nervosa.Ada pula yang rela bersenam berjam-jam sehari,tahan lapar berhari-hari atau membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk tujuan tersebut. Dan tidak hairanlah,pertandingan ratu cantik yang diadakan mendapat perhatian daripada masyarakat umum khususnya golongan remaja.Masing-masing berlumba memperagakan maruah dan harga diri untuk dipertontonkan di khalayak ramai semata-mata mengejar glamour dan nama.Dan ada pula yang sanggup menggadaikan maruah keseluruhan negara,kononnya ingin menjadi ratu cantik seluruh negara. Semua permasalahan yang berlaku ini melibatkan maruah kaum wanita.Tidak cukup dengan eksploitasi wanita di media-media massa dan iklan-iklan tanahair,maruah wanita pula diperdagangkan untuk diimport eksportkan ke pelusuk dunia.Tubuh badan yang sewajarnya ditutup litup mengikut syariat Islam,kini bagi haiwan yang tidak terasa malu tanpa berpakaian.Dan tidak mustahil suatu hari nanti,ada pertandingan'Raja Kacak'.Kalau sekarang ada ratu cantik,mungkin menjelang tahun 2020,timbul pula pertandingan baru untuk kaum lelaki. Semua makhluk di muka bumi ini asal kejadiannya adalah dari setitis air mani yang hina,bentuknya adalah semata-mata berasal dari tanah dan kembali kepada tanah jua.Justeru itu,tiada perbezaan antara penilaian Islam dalam menilai kecantikan setiap individu.Dan janganlah kita menyalahkan takdir Ilahi seandainya rupa paras yang diciptakan oleh Allah Ta'ala mempunyai kecacatan dan kurang menarik.Bersyukurlah dengan apa yang Allah Ta'ala kurniakan.Islam tidak pernah membezakan manusia berdasarkan hubungan darah,keturunan dan suku bangsa.Namun Islam membezakannya berdasarkan taQwa kepada Allah Ta'ala.Itulah kemuliaan sebenar pada manusia. Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada raut wajah yang manis,pada putih kuning kulitnya,tubuh atau sorotan mata yang menawan,tetapi biarlah hati dan juga akalnya juga cantik.Malah kecantikan hati diletakkan paling utama,diikuti dengan kecantikan akal dan akhir sekali barulah kecantikan paras rupa.Kecantikan paras rupa ini ada atau tidak ada,sama sahaja di sisi Allah Ta'ala.Ini jelas digambarkan berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Zar:"Lihatlah sesungguhnya engkau tidak dinilai mulia kerana kulit merah dan juga kerana hitam, sebaliknya mulianya kamu dengan sebab taQwa"(Riwayat Ahmad).Bukan itu sahaja,malahan Islam mengukur kecantikan dengan melihat kebersihan dari segala unsur yang bertepatan dengan ketentuan Allah Ta'ala. TaQwa itulah yang dimaksudkan kecantikan hati.hati yang cantik adalah hati yang sangat sensitif terhadap Allah Ta'ala.Merasakan kehebatan dan kebesaranNya sehingga merasakan diri sangat hina dan lemah.Perasaan yang lahir inilah yang dapat menyingkir segala sifat-sifat"kesyaitanan"dalam hati manusia seperti pemarah,ego,bangga diri,sombong,rakus dan sebagainya. Inilah falsafah kecantikan sebenar menurut Islam.Justeru itu,mereka yang cacat fizikalnya atau tidak menarik dinilai,adalah orang yang tercantik di dunia jika di dalam tubuhnya yang cacat itu bersemanyam megah jiwa atau batin yang cemerlang dan sentiasa dicuci dengan Nur Ilahi.Sedangkan orang yang memiliki tubuh badan yang sempurna,cantik dipandang mata dunia,sebaliknya di dalam jiwa mereka bersarang istana-istana syaitan,mahligai iblis dan dipenuhi oleh kemusyrikan akidah yang terpesong dari landasan Islam.Perkara ini diistilahkan oleh al-Quran umpama mereka yang najis. Ingatlah,setiap individu tidak akan merasakan sebarang kerugian andaikan kecantikan hati menjadi buruan setiap wanita. Bukannya Allah Ta'ala yang akan mendapat keuntungan tersebut,tetapi manusia itu sendiri.Lihatlah,betapa banyak manfaatnya bila kecantikan hati menjadi buruan utama setiap wanita.Antaranya ialah; 1) Dihindari Dari Bahaya Setiap wanita berperanan melindungi kecantikan paras rupanya daripada dipertontonkan di khalayak umum,lebih terselamat dari bahaya fitnah dan gangguan.Umpama intan berlian,seandainya dipertunjuk- tunjukkan,akan menarik perhatian pencuri,dan begitulah sebaliknya. 2) Mengelakkan Pembaziran Memburu kecantikan paras rupa memakan kos yang sangat tinggi.Berbagai-bagai usaha yang dilakukan untuk mencari alat-alat kecantikan wajah,"make up",membesarkan sanggul dan bahagian-bahagian yang tertentu yang mungkin boleh menarik perhatian orang kepadanya untuk menutup keburukan yang dialaminya itu.Akan tetapi,memburu kecantikan hati tidak memerlukan belanja yang tinggi.Sewajarnya wang yang digunakan untuk membeli alat kecantikan wajah dipergunakan untuk soal-soal yang lebih penting seperti mendapat pendidikan yang baik,menolong faQir miskin,kerja-kerja yang bermanfaat untuk agama,masyarakat,bangsa dan negara. 3) Membina Kasih sayang Yang Hakiki Kecantikan yang dinilai pada hati,ia akan lebih berkekalan,berbanding dengan kecantikan yang dinilai pada paras rupa.Kecantikan hati tidak akan luput.Umpamanya,kasih sayang seorang suami terhadap isterinya kerana hati atau akhlaknya akan kekal lama.Kunci kasih sayang dalam sesebuah keluarga ataupun masyarakat adalah ikatan hati yang sentiasa berpaut antara satu sama lain. 4) Melahirkan Masyarakat Yang Harmoni Hati yang terdidik dalam mengejar kecantikan yang sebenar akan dapat menyuburkan sifat-sifat terpuji seperti pemurah,sabar, pemaaf, bertolak ansur,lemah lembut,redha atas segala pemberian Allah Ta'ala,cintakan akhirat,cintakan Allah Ta'ala dan sebagainya.akan selesai dan hilanglah perasaan buruk sangka,umpat dan kata,menipu dan pecah belah dalam rumahtangga serta sebagainya. Begitulah besarnya hikmah mengapa Allah Ta'ala meletakkan kecantikan hati sebagai buruan utama setiap wanita.Tidak hairanlah,mengapa para hukama' yang mengatakan:"Bila baik wanita dalam sesebuah negara,baiklah negara tersebut".Oleh yang demikian.wanita yang benar-benar menginginkan lebih hak membangunkan negara,perlulah dia memperjuangkan diri dalam memburu kecantikan hati. Sesungguhnya ukuran kecantikan wanita muslimah yang dapat dinilai dari kaca mata Islam yang sebenar ialah; - Dengan imannya yang mendalam,yang memakmurkan hatinya dan melapangkan dadanya serta menggerakkan syiarnya. - Dengan akalnya yang bijak sana dan fikiran yang bercahaya serta berpandangan yang luas. - Dengan tingkahlaku dan akhlaknya yang mulia serta amalannya yang soleh. - Dengan kecintaannya terhadap Allah Ta'ala,sentiasa mengingatinya, melaksanakan segala perintahnya danmeninggalkan segala larangannya dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w - Dengan ikhlas kepada suaminya dan memuliakannya serta bersolek untuknya,mentadbir dan mentarbiah anak-anak menjadi generasi yang cemerlang. - Mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti lemah lembut,kasih sayang,peramah,pemurah,dermawan dan sebagainya. Sifat-sifat inilah yang sepatutnya menjadi dasar pilihan muslimin dalam membina dan membentuk sebuah mahligai kebahagiaan untuk mendirikan rumahtangga kepada muslimat.Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan dalam hadisnya:"Apabila datang(meminang)kepada kamu seorang lelaki yang kamu sukai akan akhlaknya dan agamanya,maka kahwinilah dia.Kalau kamu tidak berbuat demikian,kelak akan berlaku fitnah di atas muka bumi,kerosakan yang merata" Maksud kerosakan yang merata itu ialah kalaulah lelaki yang baik agamanya tidak menjadi pilihan kepada seorang wanita itu dan tidak mengambil kesempatan untuk berkahwin dengannya,maka sudah tentu dia akan memilih lelaki yang sebaliknya.Pilihan ini akan membawa kepada fitnah dalam hidupnya lantaran agamalah yang menjaga kedamaian rumahtangga